Penting ! sarapan ohhh sarapan~


SARAPAN dianggap begitu penting untuk memastikan badan sentiasa cergas dan minda cerdas sepanjang hari. Malah sarapan juga sebenarnya penting untuk diamalkan bagi mereka yang ingin mendapatkan tubuh badan menawan.
Ringkasnya, sarapan amat penting untuk semua peringkat umur tidak kira bagi kanak-kanak mahupun dewasa bagi memastikan kesihatan tubuh badan terjamin. 
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Iman Abdul Halim, sarapan pagi adalah satu cara untuk memberikan bentuk badan yang ideal seperti diidamkan.

Seseorang yang tidak mengambil sarapan kononnya untuk menurunkan berat badan lebih cenderung mengalami peningkatan berat badan.

Tidak mengambil sarapan berkait rapat dengan masalah obesiti. Kajian menunjukkan individu yang mengalami masalah obesiti kebanyakannya adalah mereka yang tidak mengambil sarapan.

Kajian juga mendapati meninggalkan makanan terutama sarapan menjadikan kawalan berat badan semakin sukar. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk menghilangkan kelaparan.

Beberapa kajian menunjukkan tabiat sebegini akan mengumpulkan lebih banyak lemak badan apabila mereka makan lebih sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara kerap.

“Apabila seorang itu mengalami masalah obesiti ataupun berlebihan berat badan, mereka cenderung untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung.

“Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut, angina (penyakit yang menyebabkan kesakitan dan kesesakan nafas) atau perut tidak selesa, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meninggalkan sarapan.

“Pilihan makanan yang berkhasiat dan bersih amat penting. Pengambilan sarapan perlu dibiasakan bagi individu yang menganggap ia tidak penting,” nasihatnya kepada golongan dewasa yang gemar meninggalkan sarapan setiap hari.

Tambahnya, tubuh badan manusia seperti kereta yang perlu diisi dengan minyak supaya boleh bergerak. Badan kita perlu diisi dengan makanan beberapa kali dalam sehari supaya ia boleh berfungsi secara cekap dan dapat melakukan tugas harian lebih baik.

Kajian untuk membandingkan antara keberkesanan mental dan fizikal terhadap sekumpulan orang dewasa dalam sehari menunjukkan mereka yang tidak mengambil sarapan semakin kurang cergas menjelang tengah hari.

“Setiap pagi, selepas beberapa jam kita tidak mendapat bekalan makanan, sangat penting untuk bersarapan supaya ia dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk melakukan aktiviti seharian.

“Jika seseorang itu tidak mengambil sarapan, mereka akan berasa letih, lesu, pening, tidak bermaya, mudah marah dan bermasalah untuk menumpukan perhatian.

“Masa yang lama diperlukan untuk menyelesaikan tugasan terutama jika di tempat kerja. Jika tidak bersarapan, kita cenderung untuk mengambil makanan manis untuk meningkatkan tenaga.

“Jika seseorang sedang bekerja dan waktu makan tengah hari belum tiba, pada ketika inilah kita cenderung untuk mengambil makanan yang kurang berkhasiat seperti coklat, kerepek atau makanan ringan lain.

“Di samping itu, mereka akan berasa sangat lapar dan apabila tiba waktu makan tengah hari, mereka akan mengambil kuantiti makanan yang banyak,” jelasnya mengenai kesan bagi mereka yang malas dan tidak mahu mengambil sarapan sebagai rutin harian.

Sarapan tidak hanya penting bagi mereka yang inginkan berat badan ideal tetapi juga kepada kanak-kanak yang bersekolah.

“Pada waktu pagi, setelah lapan hingga 12 jam semalaman tidak mendapat makanan sewaktu tidur, simpanan tenaga adalah rendah.

“Tumbesaran dan perkembangan otak bergantung kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Apabila mereka tidak mengambil sarapan, untuk menunggu waktu makan seterusnya boleh mengambil tempoh sehingga 18 jam.

“Tempoh ‘separa kelaparan’ ini boleh menimbulkan masalah fizikal, intelektual dan tingkah laku mereka. Justeru, sarapan ialah hidangan yang paling penting diambil tetapi masih ramai lagi kanak-kanak tidak menikmatinya.

“Pengambilan sarapan di kalangan murid-murid membantu daya penumpuan mereka, mempengaruhi tingkah laku semasa proses pembelajaran dan mengurangkan keletihan.

“Pengambilan sarapan penting tetapi apa yang mereka ambil atau makan perlu juga dititikberatkan. Memilih sarapan yang kaya dengan bijirin penuh, serat, protein, rendah lemak dan gula boleh meningkatkan tahap penumpuan yang memang diperlukan untuk proses pembelajaran.

“Karbohidrat adalah sumber tenaga utama untuk tubuh badan. Serat membantu dengan memberi rasa kenyang bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan.

“Apabila digabungkan dengan pengambilan air yang mencukupi, serat membantumenggerakkan makanan melalui sistem pencernaan, mengurangkan risiko sembelit dan juga menurunkan tahap kolesterol darah,” jelasnya.

Meninggalkan sarapan juga boleh menjadikan kanak-kanak berasa letih dan tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi proses pembelajaran mereka.

Mood dan tenaga mereka semakin menurun sepanjang waktu pembelajaran jika tidak menjamah sebarang makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak bersarapan.


FAKTA:


Antara sumber nutrien termasuk:
 
  Karbohidrat seperti bijiran penuh, beras perang, roti bijirin penuh, sayuran dan buah-buahan. 
  Protein seperti produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, ayam, ikan, daging, telur dan kekacang. 
  Serat seperti roti bijiran penuh, bijirin sarapan, kekacang, sayuran dan buah.


Kepentingan bersarapan:
 
  Kecerdasan minda terutama memori yang baik. 
  Keputusan ujian atau peperiksaan yang baik, kedatangan ke sekolah dan mood mereka. 
  Tumpuan dan perhatian yang lebih di dalam kelas. 
  Pemakanan yang baik secara keseluruhan. 
  Berat badan yang ideal.

Pentingnya sarapan :
1. Membantu anda lebih fokus dan pantas!Kajian mendapati sarapan akan membantu meningkatkan konsentrasi, kemahiran menyelesai masalah dan menajamkan lagi koordinasi mata dan tangan. Oleh itu, anda dinasihatkan bersarapan terlebih dahulu sebelum mula bekerja.

2. Bantu capai berat badan idealKajian juga mendapati individu yang memilih bersarapan secara sihat mampu mengekalkan berat badan ideal berbanding mereka yang tidak konsisten waktu makannya. 

3. Memilih untuk bersarapan akan mengurangkan rasa lapar menjelang tengahari malah mampu menjadikan anda lebih bijak dalam memilih jenis makanan pada waktu makan yang berikutnya.

4. Menurut kajian lain, 80% daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan adalah mereka yang bersarapan dan mereka juga cenderung memilih diet rendah lemak.

Ucapan beracun seorang penuntut ilmu


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru, termasuklah:

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Trending katanya




Kpop datang, telan Kpop
Gangam Style datang, telan Gangnam Style pula.
Harlem shake datang, telan harlem shake pula. 
Gwiyomi datang, telan Gwiyomi pula. 

Aduhai, kasihan ummat ini. 

Apa saja yang tersebar sekarang semuanya nak cepat tiru. Pendirian kita tidak dibina atas prinsip kebenaran, tetapi dibina atas ikut-ikutan terhadap arus. 

Kalau arus baik, tak ada masalah.
Tetapi kalau arus tak baik, ikut jadi tak baik juga, kan masalah tu. 

Kita ni ada masalah kekeliruan identiti barangkali. 
Apa saja datang daripada orang, kita nak tiru dan buat. 

Comelkah kalau perempuan-perempuan bertudung membuat gaya-gaya 'comel' di depan kamera untuk ditonton oleh ramai orang termasuk lelaki? 

Kadangkala orang tak boleh beza antara 'comel' dengan 'gedik'.


fikirkan bersama-sama~

kisah seorang lelaki yang bernama *** (part 1)


KISAH BENAR: Seorang sahabat ditinggalkan kekasihnya sebab perempuan tu cakap sahabat ni terumbang - ambing. Cari duit dulu baru fikir pasal girlfriend. Akhirnya mereka berpisah. Sahabat down sangat, kerja tak focus. Namun dia telah bangkit sekarang atas dorongan rakan seperjuangan. Aku kagum dengan sahabat itu. Dia optimis & tekad untuk cari duit baru bercinta.

Seminggu lepas tu, kekasih sahabat tersebut merayu agar sahabat menerimanya kembali. Kekasihnya tak happy langsung dengan keputusan yang dibuat sebelum ini, menyesal tak sudah. Sahabat tekad. Kali ni bagi dia perempuan perkara terakhir yang boleh difikirkan. Duit & impian dia adalah keutamaan. Benar, pada usia sekarang (20 keatas) dia sudah memikirkan tentang masa hadapan. Jika tidak menabur benih dari saat ini, bila lagi? Sesiapa pun tak mahu terlambat. Umur 30 baru nak menyemai benih. Biar dari sekarang kita sudah mula membuat tapak, keluar kereta sebijik, keluar rumah sebijik, genggam sijil, diploma & ijazah baru fikirkan pasal bercinta. Aku harap kata kataku tak memakan diri sendiri. Tahniah sahabat. Moga kekal hendaknya sikap tersebut.

Kali ini, karma yang sedang menyakiti kekasih sahabat tersebut. Renungkan. Bagi sahabatku, tahniah. :)

Bagi sahabat, nota ini adalah sebagai pemangkin semangat untuk terus focus & kejar impian kau. Aku taknak tengok kau bersedih lagi. Ada duit banyak, kau takkan sedih. Kau masih terumbang-ambing, betul kata si kekasih. Bukti pada semua. Biar semua ikut sikap optimistik kau.

Aku harap aku mampu jadi macam kau. 


*******************************************************************


ok aku paham ..mesti korang tertanya-tanya siapa yang aku maksud kan.. aku tak boleh mentioned name die kat sini .! . bukan niat aku nk mengumpat or mengata mamat nie .! but .. aku buat mcm nie sebab . kat FB die dok update status yang menyakitkan hati orang . terutama perempuan .! mybe die baru ptus cinta . sbb tu hmpir 80%  status mamat nie meyalah kan perempuan .! die sepatutnye tak boleh la buat mcm nie kan. ! aku yang bace status die kekadang membara jugak hati aku .! grrr :/ .! korang nk tgok cntoh status die ,.! jap eh ........



‎: "Kenapa lelaki player" "Kenapa lelaki gatal even depan awek dia" or "Kenapa lelaki suka mainkan perasaan perempuan" & lots more..KENAPA LELAKI.?WHY THEM.?Okay..Lets clear this,bila anda ada PROBLEM dgn your boy yg gatal,tak bermaksud semua lelaki macam tu.Your BF(s) & your ex(s) tak akan sekali-kali mewakili lelaki lain di seluruh dunia tentang persepsi KENAPA bin WHY tu..Kemon lah ladies, grow up..sampai bila nak terus mcm ni..JANGAN SAMAKAN KAMI,nanti kahwin pun dgn LELAKI juga kan.?!aww~
 ·  · September 12 at 12:11am · 
Privacy:






see ..! ape pndangan korang .! nie baru satu .! nnti aku tunjjuk kan banyak lagi status die yang buat hati aku jadi membara .! ok ..cerita ini akan bersambung ~~ tunggu yaw .!

kisah seorang lelaki yang bernama *** (part 2)

sambungan~~



walaweyyhh ..! fenin kepale otak saye la wahai blogger-blogger sume .! pluss sakit hari .! apabila sudah membara kemarahan saya , saya akan booooom .!! haha ..acctly nie cerita smbungan story part 1..ok pada siapa yang tak bace lagi story part 1 sila click button "old post" ! orite bebe .! kisah mamat nie aku nak mula kan dengan satus yang die but .! aku kumpul semua status die bukan sebab aku suke or  minat kat die ok .! but aku geram dengan die..n tak paham ape yang die nak..dan aku tak paham ape motif die update status yang pedih .!ok korang perhati kan status2 mamat nie di bawah nie ok ;)








*******************






: Sekarang ni sibuk2 MOOD RAYA,dgn rasa HUMBLE nya aku nak MINALAIDILWALFAIZIN dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki dkt semua FACEBOOKERS..Yg mana pernah BLOCK-REMOVE-DELETE aku tu..aku PREFER non-ado DOSA dkt kau & kau & mana yg dah ADD & selalu TEGUR..GOODJOB.!!sebab kau memenuhi KRITERIA INFO aku..Mana yg ADD tapi TAK TEGUR tu..well,aku malas nak bising2..u reti ADD,u reti TEGUR,kita SEAGAMA SEMELAYU kalau masing2 nak buat perangai SEKOLAH serta "BODOH SOMBONG" tu..well..awww.~
(helloww ..kau yang add aku ok,,BUKAN AKU YANG ADD KAU, so jage perkataan yang kau taip tu ok)


‎: LELAKI kalau HANDSOME,stylo mylo,MODEL look alike,CUTE & MENARIK mcm ACTOR KOREA,dia buat benda ANNOYING pun perempuan akan kata;"Aww,SUWITNYAA DIA" tapi kalau lelaki tu SEBALIKNYA,takde banyak duit,takde 6 pacs & that guy bina satu taman bunga utk perempuan tu belum tentu perempuan tu akan kata dia ROMANTIK.Tak memasal perempuan tu akan berkata:"Ewww,nak tackle aku?PEHLISSSS."ZAHIR TAK MENJAMIN APA2,BATIN YG HENSEM AKAN MEMBUATKAN ZAHIR TURUT HENSEM WALAUPUN ZAHIR TAK SEHENSEM MANA..awww~
(haha..i know , aculy u jelez kan,, sebsb u tak sehebat mane pon ,,so tak payah nak, nak EWW-2 sangat)



‎: Benda yg paling penting kalau nak DISUKAI ramai adalah dgn menjaga HUBUNGAN BAIK antara kita & kawan2 tidak kira BOBOI/GEGURL..GEGURL kebanyakkanya HIPOKRIT manakala BOBOI pula jenis EASY LIVE GOING tapi PENDENDAM yg sgt HEBAT..So,sama ada nak jadi hipokrit &live well atau jadi you real self &living the hell,UP2U..well,nak jaga HATI & PERASAAN semua orang adalah perkara yg sgt payah utk dilakukan tetapi amat mudah dilaksanakan jika ada sikap PEMAAF & MEMAAFKAN..SELAMAT BERBUKA FACEBOOKERS.!!!
(hey , u hebat sangt ke hah ? i rase u lg hipokrit..)



‎: AWEK kalau ada 2 AKAUN,habis DUA2 akau dinaikkan STATUS bunga2 cintan dgn diselitkan sekali NAMA BF dia..Tak kira la hensem ke tak kalau nak dicompare dgn ORLANDO BLOOM tu ibarat langit dgn dasar laut tapi still UPLOAD juga..Bila BREAK-UP cepat2 DELETE semua GAMBAR2 KEPIT2 nampak LURAH dgn BF nya tu then UPLOAD STATUS cover tutup malu sebab dah TAK KAPEL & akan keluar lahh simbol ♥ yg mengatakan dia dah SINGLE MINGLE..well,i know u SANGAP a LOVE, but..eeewww~
(i tahu la u baru ptus cinta kan, so tak pyah lah nak complane orang lain,, u sebenaye tak boleh tgok orang lain bahagie kan..beragak la kalo nak cakap tu, )



: NO ONE yg suka PENGAMPU..Bila aku cakap tak ada siapa pun yg suka,aku maksudkan dgn SEMUA ORANG.Kau mungkin boleh CHILL dgn kekawan yg HITHOT & ada NAMA & mengampu dia all out terutama part LIKE STATUS/WALLING..Tapi jgn ingat KAWAN yg dianggap "KAWAN" tu tak tahu.Maybe dia dah lama tahu tapi dia buat derk je yg kau mengampu dia & dia akan MANFAAT kan kau dgn AWESOME nya..Well,tak PERLU MEMILIH KAWAN terutama dlm dunia MAYA ini,"JGN JADI PENJILAT SAHABAT MAYA"(selalunya LADIES) awww~
(ok..ayat last skali "SELALUNYA LADIES" . sekali lagi i ulang .! u yang add i ok.! sedap molot je)


‎: Aku suka LADIES,naluri jantan aku memang sukakan kaum berlawanan jenis walaupun org asyik cop aku ANAK IKAN/GAY CANTIK & LADIES of coz lahh cannot dipisahkan dgn beg MAKE UP yg taknak 5 KILO beratnya tu kan."Dlm bnyk2 part perempuan suka make up,aku paling TAK SUKA bab MATA.Bukan saja bab letak benda2 pelik di mata,tapi bab CUKUR KENING.Ya..bagi aku kening yg paling HODOH adalah bila ianya DICUKUR.Come on lah girl..Bnyk lagi bulu lain yg kau boleh cukur selain dari your BULU KENING kan..awwww~
(haha..u kne engat . u tu ade adik . i tgok adik u pon tak kurang hebatnya, make up pon 10 inci tebalnye derr )



‎: PELIK bila TEXTING MEXTING (GEGURL terutamanya) yg akan letak perkataan "huhu" di hujung ayat.WHAT THE HELL is "huhu".??Yg paling tak boleh blah bila SKYPING,ada juga yg gunakan 0 (kosong) sbg 'o' (huruf).Contohnya "k0 teng0k citer apa?" Kalau kat FON takpe juga sebab menyenangkan tapi kalau dah berSKYPE sambil HADAP MUKA LEMAU STOK SOYA BASI tu still nak guna cara ni,what can i say.?One more,aku prefer penggunaan "kau" dari "ko" serta "aku" dari "ak","aq"..well..NORMA KEHIDUPAN kann..awww~
(suke hati lah ..yang u sebok sangat yu kenape .. ade menganggu jiwa rage u , nope ok)



‎:LOVE AT THE FIRST SIGHT adalah based on visual inspection which is most of the time berkaitan dgn NAFSU semata-mata & ia MUDAH GAGAL sebab..well,apa yg kau expect pada pandang pertama?Kau tak kenal pun MINAH/MINAH tu.1st time tgk,kau jatuh cinta kat fizikal dia & then how about bab bukan fizikal?Open PAGE dia,tgk posing maut model,Friends pula FULL2 TANK lepas tu ADD..kawan sehari,KAPEL,dah kapel galak BERLENDIR dkt wall,lepas tu esok keluar status "From In Relationship To Single ♥" well,eeww~
(ewah2 ..tu maknenye u jelez kan.. because u baru je putus cinta, u jangan engat i tak tak plak ,,u lpas ptus cinta lg dasyat..dah rupe org gila meroyan dah..opppsss soryy~)



‎: PEREMPUAN/LELAKI ni mudah perasan HOT..Nak2 bila part ramai nak MENGORAT/DINGORAT..Ramai nak mengorat bkn sebab dia lawa/kacak sgt pun..Tapi dah dia je yg BERJENIS sikit dari yg lain..Bak kata org,tu je STOCK yg ada..So,REMBAT jelah..Well,ADIK2/JUNIOR2 yg baru nak HIDUP dlm suasana KAMPUS/POLI ni,then tetiba jadi rebutan ramai,JANGANLAH pula korg PERASAN CUN/HENSEM ya..Korg tu bukannya cun/kacak sgt pun..Dah komuniti kat situ TAK CUN/TAK HENSEM nak buat macam mana.HARHAR
(hellow ..u tu perfec sangat ke nak nilai orang mcm tu lah..mcm ni lah ..beragak la derr,,)



‎: Yang jenis suka pakai SEKSI MEKSI nampak LURAH apa semua lepas tu pi MERAMBU keliling town..Then bila lelaki pandang mula lah kata laki tu GILA SEKS lah, HORNY lah apa ke CB lahh..semua yg BURUK2 lah senang cerita..Padahal yang dia pi tunjuk siapa suruh.??Haa..Lagi satu, yg KAPEL MAPEL ni pun satu hal..Bila LELAKI ROMANTIK sikit, dia dok kata laki ni MENGGELIMATKAN..Tapi bila that guy tak romantik mula lah nak compare-compare dengan "MAMAT KOREA"..Mengada-ngada
(hohoh..ex u dulu pon sexy mexy kan ..haha.. fobia la tuu ..kan..kan..kan..)



‎: "Kenapa lelaki player" "Kenapa lelaki gatal even depan awek dia" or "Kenapa lelaki suka mainkan perasaan perempuan" & lots more..KENAPA LELAKI.?WHY THEM.?Okay..Lets clear this,bila anda ada PROBLEM dgn your boy yg gatal,tak bermaksud semua lelaki macam tu.Your BF(s) & your ex(s) tak akan sekali-kali mewakili lelaki lain di seluruh dunia tentang persepsi KENAPA bin WHY tu..Kemon lah ladies, grow up..sampai bila nak terus mcm ni..JANGAN SAMAKAN KAMI,nanti kahwin pun dgn LELAKI juga kan.?!aww~
(sebab laki macam u je yang spiesis mcm uh kan )



‎: Semua org nak-kan KEJUJURAN terutama dlm HUBUNGAN..well,what is JUJUR dlm HUBUNGAN.?Aku bkn DR.LOVE sebab aku bkn jenis yg terlampau OBSES bila BERCINTANCINTUN ni..Well..difikirkan balik,aku rasa aku tahu kenapa perempuan suka lelaki yg jujur & ikhlas ni iaitu mereka amat pantang lelaki yg kuat KENCEN even benda-2 kecik..tapi gadis-2 di luar sana TAK-KAN lah tak PERNAH KENCEN BF sendiri kan.??aww~
(haha..ayat u AUTA lah .,! tak OBSES konon, bukan kau ke yg frudt menonggeng bile putus cinta hari tu ..haha tett ..kantooiii )



‎: Aku rasa ramai pernah lihat situasi di mana org GELAK kuat-2 terutama GADIS-2 walaupun benda tu tak FUNNY mana pun di TEMPAT MAKAN.Well,secara logik akal, agak-2 kenapa GADIS-2 GELAK macam langsuir secara BERJEMAAH.?Maybe dia suka dengar suara dia atau..ERR..dia nak bagi tau satu dunia yg ada lelaki funny yg cuba flirting dgn dia..But,who cares kalau ada lelaki flirt dgn kau sebab,kalau ada yg betul-2 SUKA kat kau, mesti dia MELUAT tengok PERANGAI kau yg suka GELAK KUAT-2 tanpa SEBAB.#aww~
(sekali lagi i ulang,, u tu ade adik .. lagi gedik ok ) 



‎: MENCACI MAKI org sebenarnya secara total-nya telah membuka AIB DIRI SENDIRI.Sebagai seorg ISLAM yg dah SUNAT apabila mendengar CERCAAN,dengar & lalu sembunyikan keburukan tersebut sekalipun ia BENAR.Sesungguhnya sesiapa yg berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di AKHIRAT kelak."AKU SELALU SIMPAN AIB KAWAN-2 DAN ORG YG AKU (SAYANG) AKU TAPI KENAPA MEREKA-2 SUKA MEMBUKA AIB AKU BILA ADA SOMETHING TERJADI..SEKALI LU PAILANG SAMA GUA,10x GUA BOLEH JADI DAJAL UNTUK LU."aww~
(sebab u membuka AIB ORG kat fb ..haha)




‎: Bila ada HATERS yg ANTI + FARKAP kaw-2 punya, korang patut rasa BANGGA & jgn fikir yg NEGATIF kerana ianya bermaksud either MUSIBAT-2 tu semua ada sekeping HATI yg dibawahnya tersembunyi satu sifat iaitu JEALOUSY dengan korang, atau korang stood up against something..Well..Aku MENULIS BUKAN KERNA NAMA..aku menulis dgn sifat kasih pada sesama INSAN..aku menulis bukan kerna nak BERMEGAH, tapi aku menulis dgn rasa UJUB & RENDAH HATI kerana ALLAH swt..CANNOT GET ALONG WITH ME.?B.E.R.A.M.B.U.S ^^
(tapi u menulis untuk mintak publisiti murahan..haha..oppsss )






*******************




u kene engat,,bukan u saje ade facebokk..facebook nie kan comunity..so paham-2 la eh..hmm~ then disetiap akhir status die akan tulis (saya hanya menulis) ..palsu je lebih ..padahal untuk mencari publisiti murahan ..u engat u bagos sangt ke hah .!!haha ..nie baru sebahagian je yang aku kumpul .! ade banyak lagi ..tapi aku memang tak ade niat langsung nak burukkan die or nak mengumpat die..tapi aku cume nak bagi tahu yang ape yang die buat memang tak patut ..die buat macam uh semua orang tegok ..aku rase KALAU die artis ..hari2 keluar tv ..melodi ,,geleksi..n bebagai lah..diebabkan mulot terlalu lancang di facebook .! aku sebagai warga facebokking yang priharin hanye menengur sahaje .. =D